Pada hari ini, salah satu perkara yang menakutkan ramai adalah apabila komputer diserang oleh ransomware, sekaligus memberikan kesan terhadap pelbagai fail dan dokumen yang tersimpan pada komputer.

Melalui Windows 10, pihak Microsoft menyediakan sokongan perlindungan daripada ransomware ini, namun perlu diaktifkan secara manual oleh pengguna.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke aplikasi Windows Security pada Windows 10. Untuk mengaksesnya, anda boleh tekan butang “Windows + Q”, dan membuat carian Windows Security.

Pada aplikasi berkenaan, pilih “Virus & Threat Protection”. Seterusnya scroll ke bawah sehingga menjumpai bahagian Ransomware Protection.

Padanya, klik pada Manage Ransomware Protection. Ia akan membuka halaman baru, dan anda boleh aktifkan perlindungan tambahan dengan memilih “Controlled Folder Access”.

Sebaik sahaja mengaktifkannya, Windows Security akan menawarkan perlindungan tambahan dalam melindungi fail dan folder anda daripada diakses oleh aplikasi tidak diketahui. Untuk makluman, perlindungan ini hanya meliputi beberapa folder terpilih sahaja. Anda boleh memilih senarai folder yang dilindungi dengan klik pada “Protected Folders”.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.