Zaman sekarang boleh dikatakan kita mempunyai kemudahan mengambil gambar detik-detik indah yang lebih maju berbanding zaman dahulu. Jika dulu kita perlukan kamera digital, kini tidak lagi.

Hanya dengan telefon pintar, pelbagai perkara yang kita mampu lakukan termasuklah menjadikannya sebagai kamera utama bagi menggantikan kamera digital.

Dalam perkongsian kali ni, saya akan berkongsi beberapa perkara mudah (basic) yang anda perlu tahu untuk mengambil gambar menggunakan telefon pintar.

1. Aktifkan fungsi grid kamera

Dalam prinsip fotografi, ‘rule of third’ adalah perkara yang penting untuk mengambil gambar. Anda boleh mengikuti prinsip ini dengan cara meletakkan objek atau subjek dibahagian garisan grid bagi mengelakkan gambar anda senget, menampakkan ia lebih menarik dan komposisi yang sekata.

2. Nyahaktifkan lampu flash (pakai jika perlu)

Mungkin anda pernah menghadapi detik apabila ingin mengambil gambar dalam suasana yang terang dengan lampu flash terpasang.

Seeloknya nyahaktifkan terlebih dahulu lampu flash bagi memastikan anda secara tidak sengaja ambil gambar dengan lampu flash dan membuatkan gambar akan terganggu sedikit. Aktifkan bila perlu sahaja.

3. Aktifkan mod HDR

Pada kebanyakan telefon pintar sekarang, mod HDR sudah sedia terpasang pada fungsi kamera dan kebanyakkannya mempunyai pilihan sama ada sentiasa terpasang atau dinyahaktifkan. 

Jika anda mengaktifkan fungsi HDR ini, gambar yang dihasilkan lebih tampak menarik, vibrance dan tona warna yang lebih menyerlah. Ia sesuai digunakan semasa waktu malam, mahupun waktu siang.

4. Main dengan kecerahan

Kecerahan gambar adalah sesuatu yang penting untuk menghasilkan gambar yang menarik. Jadi, setiap fungsi kamera di telefon pintar sebenarnya mempunyai tetapan kecerahan yang anda boleh akses hanya sentuh diskrin semasa ingin ambil gambar.

Hanya tarik ke atas untuk lebih kecerahan, dan jika suasan terlalu terang, boleh turunkan kecerahan dengan luncur kebawah. Ia sangat mudah.

5. Mod Potret yang lebih cantik

Saya pasti kebanyakan telefon pintar sekarang sudahpun mempunyai mod potret yang membolehkan kamera fokus pada objek atau subjek dan kaburkan bahagian belakang.

Untuk memastikan mod potret ini mendapat hasil yang cantik, anda perlu cari pengcahayaan yang terbaik, seeloknya cahaya matahari yang lebih nampak natural supaya hasil gambar dari mod potret ini nampak lebih berkualiti, kurang noise dan potongan bokeh yang cantik.

6. Optimumkan fungsi live photos di iPhone

Jika anda pengguna iPhone 6s dan keatas, anda boleh gunakan fungsi ini dengan cara mengaktifkan fungsi live photos dibahagian tetapan kamera.

Selepas anda ambil gambar, pergi kebahagian Photos (galeri), pilih gambar yang sudah diambil tadi dan luncurkan keatas. Selepas itu anda akan dapat lihat 4 tetapan kesan (effects) yang boleh dipilih.

Iaitu Live, Loop (GIF), Bounce (Boomerang) dan Long Exposure. Tetapan ini boleh digunakan tanpa anda menggunakan sebarang aplikasi pihak ketiga jika ingin menghasilkan gambar atau video yang berformatkan GIF atau Boomerang.

Semoga bermanfaat.

Lihat profil
Faiz

2 artikel di Tutorial.