Pada Mac, terdapatnya Mac AppStore yang memudahkan proses kemaskini atau muat-turun perisian baru. Namun, pada Windows, perkara ini sedikit mencabar.

Dalam memudahkan proses berkenaan, salah satu perisian yang membantu adalah Ninite.

Ninite merupakan perisian yang memudahkan anda untuk memuat-turun pelbagai perisian percuma dan sumber terbuka terus ke komputer anda, selain pada masa yang sama mengemaskininya.

Ninite ditawarkan secara percuma, dan anda boleh memilih apakah perisian yang anda inginkan sebelum menjana fail pemasangan Ninite berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, Windows 8 dan Windows 7, anda boleh memuat-turun dan mencuba Ninite ini hari ini.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.