Twitter merupakan salah satu laman sosial yang digunakan ramai untuk berkongsi pelbagai jenis informasi. Ramai sedia menggunakannya, dan kadang-kala ada yang menggunakan ciri “Like” untuk memudahkan rujukan sesuatu Tweet berkenaan pada masa akan datang.

Namun, selain ciri Like, salah satu ciri alternatif yang turut boleh digunakan adalah Bookmark.

Berbeza dengan “Like” yang dipaparkan pada profil, “Bookmark” hanya menyimpan Tweet untuk rujukan peribadi sahaja. Ini bermakna, anda sahaja yang boleh melihat Tweet-Tweet yang telah anda “Bookmark”.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu memilih sesuatu Tweet berkenaan, menekan butang “Share”, dan seterusnya memilih “Add to Bookmark”.

Untuk mengaksesnya Tweet-Tweet yang disimpan, anda hanya perlu memilih menu Bookmark, dan melihat Tweet-Tweet yang telah disimpan anda.

Bagi anda yang aktif menggunakan Twitter, boleh mencuba ciri ini hari ini.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.