Google baru-baru ini telah membuat perubahan pada paparan Google Images, dimana kini apabila anda klik pada sesuatu gambar, gambar berkenaan diperlihatkan pada bahagian kanan laman dengan maklumat tambahan - dan bukannya pada bahagian bawah seperti sebelum ini.

Perkara ini mungkin digemari sejumlah pengguna, dan begitu juga sebaliknya.

Sekiranya anda tidak mengemari akan paparan bentuk baru ini, dan lebih mengemari paparan bentuk lama, anda mungkin boleh mencuba Google Images Restored pada Firefox dan juga Chrome.

Melalui pemalam ini, ia membuat perubahan paparan ketika anda membuat carian gambar di Google Images, dan memaparkan gambar bersama maklumat tambahan pada bahagian bawah, dan bukannya pada bahagian kanan laman.

Pemalam Google Images Restored ini ditawarkan percuma di Firefox dan juga Chrome hari ini.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.