Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang popular - dan sering diperkatakan sebagai alternatif untuk WhatsApp. Aplikasi Telegram ditawarkan untuk pelbagai platform, dan menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Salah satu ciri yang ada pada Telegram adalah kebolehan membuat “Reminder” atau peringatan. Anda boleh menaip sesuatu mesej seperti biasa, dan membuatkan aplikasi Telegram mengingatkan anda apabila sampai waktunya. Ini sekaligus membolehkan anda menggunakannya untuk mengingatkan sesuatu perkara seperti mesyuarat, temujanji, peringatan membeli barangan dan sebagainya.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membuka aplikasi Telegram, dan pergi ke tetingkap “Saved Messages”.

Seterusnya, taip mesej yang ingin di-Remind. Untuk menetapkan peringatan, tap seketika pada butang menghantar mesej, dan pilih Set a reminder.

Selepas itu, anda boleh tetapkan bilakah mesej berkenaan perlu di-Remind kepada anda, dan ia akan dihantar kepada anda bila tiba masanya.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.