Google Chrome merupakan salah satu pelayar web yang popular dan digunakan ramai di seluruh dunia. Ia ditawarkan pada pelbagai variasi peranti - termasuk pada telefon pintar dan juga desktop.

Terbaru, salah satu ciri menarik yang disertakan Google pada Chrome adalah kebolehan untuk berkongsi sesuatu tab yang dibuka pada peranti mudah-alih terus ke desktop atau peranti lain.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu buka Chrome, tap pada butang “Share”. Seterusnya pilih “Send to Devices”, dan pilih peranti yang anda ingin hantar tab berkenaan.

Seterusnya sebuah notifikasi akan dihantar ke peranti berkenaan, dan pengguna boleh membuka tab berkenaan dengan hanya klik padanya.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.