WhatsApp merupakan salah satu medium komunikasi utama pada hari ini, dan salah satu perkara yang tidak disukai ramai adalah apabila seseorang menambah anda ke WhatsApp Group yang tidak diingini.

Terdapat beberapa pengguna yang mungkin menambah anda ke sesuatu WhatsApp Group - dan ini semestinya menimbulkan ketidak-selesaan, dan juga timbul persoalan berkaitan privasi.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, anda boleh mengawal perkara ini dengan membuat perubahan pada tetapan WhatsApp sendiri - sekaligus mengelak sesiapa sahaja menambah anda ke WhatsApp Group baru.

  • Buka WhatsApp. Pergi ke Settings > Accounts > Privacy > Groups
  • Pilih pilihan yang disukai anda, sekaligus elak sesiapa sahaja menambah anda ke WhatsApp Group baru.
Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.