Adakalanya anda ingin mengunci aplikasi WhatsApp dan mengelak daripada orang lain membaca mesej pada WhatsApp ketika peranti bukan bersama anda. Dalam usaha memudahkan perkara berkenaan, kini WhatsApp telah pun menambah ciri ini dalam bentuk Beta kepada semua pengguna peranti Android.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke Settings, dan seterusnya memilih Account.

Seterusnya, pilih Privacy, dan tekan pada Fingerprint Lock.

Pada halaman baru yang dibuka, anda boleh mengaktifkannya dengan tap pada “Unlock with Fingerprint”.

Anda kemudiannya akan diberikan pilihan untuk sama ada mengaktifkan kunci pada WhatsApp secara automatik sentiasa, atau hanya selepas seminit tanpa penggunaan, atau selepas 30 minit tanpa penggunaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya dengan menggunakan WhatsApp Beta pada Android hari ini.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.