Bagi anda yang sering merakamkan gambar menggunakan kamera DSLR, salah satu format rakaman yang biasa digunakan adalah dalam bentuk RAW.

Apa pun, ada kalanya, ia agak sukar untuk pra-lihat gambar berformat RAW ini pada Windows File Explorer.

Dalam memudahkannya, pihak Microsoft kini menyediakan sebuah perisian khusus dinamakan sebagai Raw Image Extension.

Melaluinya, anda hanya perlu memasang ia pada komputer, dan seterusnya boleh melihat gambar-gambar berformat RAW dengan mudah terus pada Windows File Explorer, atau menggunakan aplikasi Photos yang hadir pada Windows 10.

Anda boleh memuat-turun Raw Image Extension ini secara percuma daripada Windows Store hari ini.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.