Pada hari ini, terdapat beberapa video di laman perkongsian YouTube yang cuba menarik penonton dengan memaparkan kandungan yang berbeza berbanding dengan apa yang dipaparkan pada thumbnail. Boleh dikatakan ramai menjadi mangsa kepada video-video seperti ini.

Untuk mengatasinya, salah satu pemalam Chrome yang mungkin membantu anda adalah Clickbait Remover.

Dengan memasang pemalam ini, ia akan menggantikan thumbnail paparan pada YouTube dengan paparan daripada video berkenaan - sekaligus mengelak anda menjadi mangsa clickbait.

Selain daripada itu, ia juga membolehkan anda mengubah paparan tajuk pada YouTube dengan tulisan kecil, dan bukannya tulisan bersaiz besar sahaja.

Bagi anda yang menggunakan Chrome, mungkin boleh mencuba pemalam Clickbait Remover ini, dan mengelak daripada menjadi mangsa clickbait di YouTube.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.