Netflix kini telah menjadi salah satu laman penstriman video yang popular, digunakan ramai untuk menonton siri TV dan juga filem. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai adalah apabila anda membuka laman Netflix, ia memainkan trailer secara automatik.

Perkara ini mungkin tidak digemari ramai, dan ingin mematikan perkara berkenaan.

Sekiranya anda sering mengakses Netflix melalui pelayar Chrome, salah satu pemalam yang membantu anda adalah Netflix Classic.

Dengan memasangnya, anda boleh mengelak video dimainkan secara automatik, sekaligus mengelak anda terganggu ketika melayari laman berkenaan.

Satu lagi perkara yang menarik adalah ia juga membolehkan akaun anda diingat secara automatik, dan tidak perlu memilih dari senarai profil setiap kali melayari laman Netflix.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba pemalam Netflix Classic ini di Chrome hari ini.

Lihat profil
Aman

11 artikel di Tutorial.